Thursday 30 June 2016

Arrgghhhh........

Aduhai.....apalah nasib hari ini. Setelah menanti hampir 2 jam kat sekolah untuk ke KLCC sampai sahaja DJ dah tanya...hari ni ada angklung ke sebab pukul 4.00 petang nanti ada kumpulan nasyid Hijjaz naik ke pentas. Hulalala....tropika! Call Bard....dua tiga kali tak angkat. Alahai lagi....last-last nampak dia menuju ke bilik persalinan. Sekali lagi aku bertanya betul ke tarikh persembahan. Dia pun godek-godek hp...sah dalam jadual pukul 4.00 petang hari ini.

Masuk ke bilik persalinan untuk menanti kata putus persembahan. Sempat juga mencuri masa buat latihan pergerakan untuk lagu Kancing Suasa dan Sakitnya Tuh Di Sini untuk anak-anak Form 1 dan juga Super Dupa Amira. Uncle Sam aku call nak beritahu tak yah datang sebab timetable dah bercanggah. Arif and the gang hilang entah ke mana. Aku beri masa sehingga pukul 3.00 petang untuk merayau disekitar Suria KLCC ni.

Pukul 2.30 petang kata putus diterima, persembahan kami pada 3 Julai nanti. Terus call Arif van untuk mengambil kami semula. Alhamdulillah barang-barang tidak dipunggah tadi. So senang kerja kami. Kuarahkan anak-anak angklung menanti van sementara aku dan yang lain menuju ke kereta. Sempat juga si Shaza shopping kat situ. Apalah yang dibelinya tu. 

Tiba sekolah awal hari ni. Jalan taklah jem sangat tapi hari ni sesat juga jalan balik. Alhamdulillah sampai destinasi dengan selamat. Kuhantar Arif pulang ke Kelang sebelum menghantar disi sendiri ballik ke rumah sendiri. Waaachaaa......!



Tuesday 28 June 2016

Salam Aidilfitri Suria KLCC 3 (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

28 Jun 2016....kali ketiga kami berada di Suria KLCC untuk membuat persembahan sempena Salam Aidilfitri. Berbaju kurung kuning dan bertudung merah sementara anak-anak angklung lelaki memakai baju melayu kuning dan hitam serta bersamping serba hitam bersulam benang emas. Segak dan bergaya kesemuanya.


malang sungguh hari ini kerana kami kehilangan samping hitam. Maka kuranglah bilangan samping. Nasib baik Bard ada dan kami boleh meminjam samping penari-penari beliau. Aduhai...manalah korang letak samping tu...dahlah cikgu pinjam dari persatuan silat Kenan gantilah ni. Persembahan kami berjalan lancar tidak seperti persembahan kali kedua di sini. Pemilihan lagu yang kami bawa memang kami ambil berat kali ini. Pengalaman banyak mengajar kami.






Para penonton di sini sungguh sporting. Memberikan tepukan yang mengalakkan setiap kali kami selesai memainkan satu-satu lagu. 30 minit kami gunakan masa untuk menghiburkan mereka. Jumpa lagi pada 3 Julai nanti. Persembahan terakhir kami di Suria KLCC sempena Salam Aidilfitri.

Monday 27 June 2016

MetroPlus (Harian Metro)

Persembahan kami di Muzium Kesultanan Melaka pada bulan Mei yang lalu mendapat liputan akhbar Harian Metro keluaran 3 Jun yang lalu.



Salam Aidilfitri di The Garden Mall 2 (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Kali kedua kami akan membuat persembahan di The Garden Mall, Petaling Jaya. Awal kami sampai di sana. Hari ini aku parking kereta di basement. Masih banyak ruang pakir yang kosong memudahkan aku untuk melatakkan kereta. Terus menyediakan alatan di tempat persembahan dan kemudian memberi laluan kepada anak-anak angklung berjalan-jalan disekitar mall sementara menanti waktu persembahan bermula sementara aku dan Uncle Sam merancang lagu-lagu yang akan didendangkan nanti di sebuah cafe berhampiran. Jam 1.00 petang kuarahkan anak-anak semua untuk bersiap sedia untuk membuat persembahan.



Bergambar dahulu di luar pentas sebelum memulakan aktiviti.




Sebelas buah lagu didendangkan hari ini yang mempamerkan kemahiran anak-anak angklung bermain angklung. Para penonton disini cukup prihatin. Setiap persembahan mendapat tepukan galakan daripada mereka. Terima kasih. Menutup tirai persembahan dengan lagu Selamat Hari Raya yang dipopularkan oleh penyanyi Fazidah Joned.




Saturday 25 June 2016

Salam Aidilfitri di The Garden (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Memulakan perjalanan 1 jam lewat dari waktu yang ditetapkan. Alahamdulillah perjalanan tidaklah terlalu menyesakkan dada hari ini. Kereta diparkir  valet. Huh.....best nyer. Tempat persembahan kami tidak jauh dari pintu masuk utama mall ini. Dari mana tah datangnya troli tetiba ada. Bolehlah digunakan untuk melatakkan barang- barang kami ni. Nampaklah kemas sikit. Terus mengarahkan anak-anak angklung membuat persiapan dan menukar pakaian.


Lepak dulu sebelum membuat persembahan. Ini sudah jadi kerja biasa maaa....



Uncle Sam menyusun lagu-lagu yang akan dimainkan pada petang ini. Pilihan lagu yang tepat sudah semestinya agar penonton tidak bosan dan sentiasa ternanti-nantikan persembahan kami seterusnya.





Setiap persembahan mendapat tepukan gemuruh daripada para pendengar.yang menaikkan lagi semangat anak-anak angklung untuk terus mengayunkan angklung mereka. Mantap dan hebat persembahan mereka hari ini. Aku cukup-cukup puas hati! Syabas....teruskan persembahan yang sebegini untuk esok juga.



Salam Aidilfitri di Alamanda 2 (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Menggunakan lebuhraya MEX menuju ke Alamanda Shopping Centre Putrajaya. Masih berbekalkan 18 orang anak angklung. Van sudah jauh meninggalkan kami dalam kesesakan jalanraya di bandaraya Kuala Lumpur ini.  Namun berjaya juga menghampiri sebelum sampai ke Putrajaya. Bergegas menunaikan kewajipan apabila sampai dan kemudian merancang lagu-lagu yang akan dimainkan nanti bersama-sama Ariff. Anak-anak angklung yang lain meluangkan masa bermain congkak di luar sementara persembahan Muzik Asli sedang berlansung di pentas utama.


Jam 6.00 petang terus memulakan persembahan sebaik sahaja sistem bunyi telah diuji. 11 buah lagu kami dendangkan selama 45 minit untuk halwa telinga para pengunjung Alamanda Shopping Centre. Kali ini mereka menyediakan tempat duduk untuk para pendengar.






Selesai sahaja persembahan alatan terus disimpan ke dalam kereta sementara yang lain menanti di Restoran Chicken Rice untuk berbuka puasa. Hari ini aku berbuka spaghetti carbonara dan air teh lemon. Penuhnya.....alhamduillah. Tapi anak-anak angklungku makan nasi ayam. Lagi best!



Alahamdulillah rezeki berbuka hari ini. Kami pulang ke Shah Alam dengan penuh keceriaan dan bersedia untuk persembahan seterusnya di The Garden pada hari esok. Persembahan terakhir kami di Alamanda pada 1 Julai nanti. Marilah datang beramai-ramai ke sana untuk menyaksikan persembahan unik kami. Ayuh.....!

Salam Aidilfitri di KLCC 2 (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Sekali lagi kami merangkak ke Suria KLCC berbekalkan 18 orang pemain angklung. Paling ramai aku bawa hari ini. Aku ingatkankan hanya 17 orang...gimana boleh bertambah ni? Takpelah yang penting cukup pemain angklungku. Tiba di KLCC terus menuju ke Rumah Kampung dan bersedia untuk persembahan.


Menanti beberapa minit jugalah di luar rumah sebelum dapat masuk sebab bilik persalinan dikunci. Tepat jam 2.00 petang kami memulakan persembahan. Satu demi satu lagu dialunkan irama lagu dengan ayunan angklung.






Kami akhiri dengan lagu Balik Kampung yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Moga pengunjung di sini terhibur hendaknya dengan pilihan lagu hari ini. Terus berkemas untuk ke Alamanda. Bye KLCC jumpa lagi Selasa ini.



Tuesday 21 June 2016

Salam Aidilfitri di Suria KLCC (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Buat pertama kalinya hari ini kelab ini akan mengalunkan irama lagu menggunakan angklung di dalam Suria KLCC. Tempat yang boleh dikatakan gah dalam Malaysia dan dikenali diseluruh dunia. Hari ini Ariff tidak dapat turut serta dalam persembahan. Demamnya masih belum kebah. Jadi hari ini ada 17 orang anak-anak angklung sahaja.


Sampai sahaja di sana, terus menuju ke ruang persembahan dan masuk ke bilik persalinan untuk membuat persediaan. Bard dan Uncle Sam muncul untuk menguruskan kami pada hari ini.


Setelah berposing dalam bilik persalinan tibalah masa untuk membuat persembahan. Macam-macam pesanan penaja diberikan kepada anak-anak angklung. Sama sahaja acapkali hendak memulakan persembahan. Senyum....cek angklung....pastikan gerak tari betul....jangan gelabah.....10 buah lagu didendangkan dan semuanya mendapat tumpuan dan perhatian daripada para pengunjung Suria KLCC ini.






Tahniah anak-anak angklung. Kipidup! Pastikan persembahan lebih mantap Jumaat ini nanti.

Monday 20 June 2016

Perasmian Hypermarket Mydin Hari Ketiga (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Hari ini merupakan hari terakhir kami di Senawang. Lambat kami bertolak pagi ini disebabkan Zean dan Fitri yang tak bangun tidur lagi. Namun perjalanan kami ke sana berjalan lancar. Alhamdulillah. Lepak dan meronda kawasan Mydin sementara menanti persembahan bermula. Sempat juga kami belajar silap mata daripada Mr.Magic.


Tepat jam 11.00 pagi berkumandanglah alunan buluh sekali lagi di sana. 10 buah lagu didendangkan.



Sesi kedua kami bermula pada pukul 5.00 petang. Sewaktu kami hadir kumpulan nasyid Saujana.


Sempat juga kami sekali lagi belajar magic dengan Mr.Magic.


Kami lepak lagi sementara menanti kumpulan nasyid Saujana membuat persembahan. Jam 5.15 petang giliran kami pula membuat persembahan.





Kami tutup persembahan kami hari ini dengan lagu Sakitnya Tuh Di Sini. Selamat tinggal Mydin Senawang. Terima kasih kerana menjemput kami untuk menghihurkan pengunjung.

Salam Aidilfitri di Terminal1 Shopping Centre, Seremban (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Kali ketiga kami mendapat kesempatan menghiburkan pengunjung di Terminal One Seremban hari ini. Sebaik sahaja selesai membuat persembahan di Senawang kami bergegas kemari. Parking tiada masalah. Pihak pengurusan telah menyediakan tempat khas untuk kami. Terus ke pentas sebaik sahaja tiba dan menyediakan alatan.



Sementara menanti jam 2.00 petang kami lepak di bilik yang disediakan. Ariff semakin tidak sihat nampaknya. Semalam lagi dia dah mula pening kepala.


Jam 2.00 petang kami memulakan acara. Puan Fara tiada pula ditempat kejadian melihat persembahan kami. Tak mengapa....janji kami dah hadir dan dah menjalankn tugas.





10 buah lagu kami dendangkan di sini. Selesai sahaja kami bergerak semula ke Senawang untuk persembahan terakhir hari ini. Bye Terminal One, kita jumpa lagi ya.

Perasmian Mydin Hypermarket Hari Kedua (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Jam 7.30 pagi bertolak ke Senawang sekali lagi untuk menghiburkan para pengunjung Mydin Hypermarket sempena sambutan hari pembukaannya. Perjalanan ke Senawang berjalan lancar di pagi hari ini. Al maklum, burung-burung masih di dalam sangkar waktu begini. Sampai sahaja di sana kami terus menyediakan alatan di belakang pentas sementara menanti waktu persembahan. hari ini kami berbaju batik oren.


Sempat mempelajari beberapa trick magic dari Mr.Magic hari ini.




Sesi pertama persembahan kami bermula pada jam 11.00 pagi dan sesi kedua pula pada jam 5.00 petang. Sambutan persembahan sungguh menggalakkan. Waktu senggang dipenuhi dengan acara tidur dan berjalan-jalan sementara menanti jam 5.00 petang. Tiada banyak perkara yang menarik berlaku hari ini untuk diceritakan. Tengok sahajalah gambar dan klip yang disertakan. Idea pun takde bulan-bulan puasa ini nak mengarut.