Monday 20 June 2016

Perasmian Mydin Hypermarket di Senawang (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Persembahan bulan Ramadhan yang pertama untuk tahun 2016. Kami ke Negeri Sembilan untuk bersama-sama dengan caklempong dalam majlis merasmikan pembukaan Hypermarket Mydin di Senawang. 16 orang anak- anak angklung kubawa hari ini. Tersua dengan pendekar Emy, salah seorang pemain caklempong pagi ini.





Berjubah hitam, berkerudung kuning pakaian yang dikenakan oleh pemain wanita manakala berbaju melayu hitam dan bersamping songket emas untuk  Sang Jejaka. Segak bersongkok yang dihiasi dengan brooch perak.


Memulakan persembahan dengan lagu Tari Tualang Tiga dan diakhiri dengan lagu untuk sesi pertama hari ini. Memang mendapat sambutan hangat. Kebanyakan para pengunjung Mydin terkesima dengan persembahan KAW Team. Tahniah kepada anak-anak angklung yang dapat memberika persembahan mantap untuk halwa telinga mereka.



Bersesak untuk sampai semula ke Senawang setelah mengadakan persembahan di Alamnda Shopping Centre petang tadi.  Ingatkan boleh sampai jam 8.00 malam. Jalan jem....sebab? Hanya satu lane ditutup semua kereta berebut-rebut nak jalan dulu...sudahnya jalan jem.  Ariff dan membebebl-bebel sakit perut dari petang tadi....Ika plak ...dah terjangkit kot? Sampai sahaja depan Mydin kuarahkan Ariff untuk membuka laluan masuk sebab kami dah lewat untuk membuat persembahan. Alhamdulillah mereka beri kebenaran masuk. Berlari-lari anak-anak angklung ke pentas. Acara sampingan masih berlangsung. Kami menanti dengan penuh lega. Tak lama kemudian alunan angklung bergema sekali lagi di pentas.





Jam 9.45 malam kami menutup tirai persembahan malam ini di Mydin Senawang. Makan time. Lewat anak-anak angklung berbuka puasa hari ini. Terima kasih kerana memberikan kerjasama yang sangat baik kepada persembahan pagi dan malam ini. Syabas anak-anak angklung 14.


No comments:

Post a Comment