Saturday 9 July 2016

4th Raya The Garden (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Semua naik van baru Pak Agus hari ini. Hanya sepuluh dari 12 orang yang menyertai persembahan sebab Si kembar tak dapat join plak. Lepas satu ....satu..alasan diberi. Tak faham perilaku manusia ni. Nasib baik Azean dan Alif join hari ini...kalau tidak hanya ada lapan orang pemain sahaja yang ada untuk hari ini. Mau empat lima angklung dipegang. Alhamdulillah...persembahan hari ini berjalan dengan lancar.


Setelah bersiap dan lepaking jam 2.00 petang kami sudah bersedia untuk menghiburkan para pendengar di The Garden Mall. Seperti biasa sambutan masih hangat. Tepukan masih gemuruh.




Setelah selesai persembahan ....beramah mesra dengan para pendengar. Ada yang takut...ada yang tersipu-sipu dan ada juga yang lebih berani mahu mencuba.




Jam 3.00 petang kami bertolak pulang dan bersiap-siap untuk persembahan esok di tempat yang sama dan merupakan hari terakhir. Perancangan rapi dibuat untuk hari esok. So ayuh ramai-ramai ke The Garden Mall untuk menyaksikan persembahan raya kami di sana.

Bergambar dengan penjaga pintu The Garden

No comments:

Post a Comment