Saturday 3 September 2016

Salam Nostalgia (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

3 September 2016. Makan nasi lemak di bangsal i-Think sambil menanti anak-anak angklung tiba. Fuh....pedas giler .... atau aku yang tak tahan pedas sekarang. Selesai sahaja makan Fazli pun tiba. Selang beberapa ,imit ahli-ahli lain mula mampir. Kuarahkan mereka bersiap-siap. Hari ini Puteri akan memakai pakaian India....saree. Puan Arut membantu aku untuk memakaikan saree ini.


Kebiasaan kami...berposing dahulu di halaman sekolah sebelum bertolak. Pantang ada depan kamera. Memasing bergaya sakan...pa lagi kalau disebut free style.


Jam 10.00 pagi Pak Agus tiba dan kamii terus menuju ke Uthropolis Marketplace. Tempat baharu sahaja dibuka mulai hari ini dan kami akan membuat persembahan promosi di sana.  Berjumpa palk dengan Pendekar Gasing sekeluarga. Tak sangka pula. Bergambar la...apa lagi.






Setelah bersiap sedia kami mula mengambil tempat dan memulakan persembahan bersama-sama caklempong dan gendang memainkan lagu Yek Liang Tai Piau Wo De Xin. 





Kami hanya mendendangkan tiga buah lagu sahaja dan kemudian bertolak ke Laman Seni 7 untuk persembahan pada pukul 12.00 tengahari nanti. So, terima kasih Utropolis, Sampai jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment