Saturday 22 October 2016

Majlis Perkahwinan di Bukit Fraser, Pahang (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Bangun pagi gosok gigi....menggeletar nak mandi pagi ni. Al-maklum heater memang tarak kat Shahzan Inn ni. Aku pun pelik jugak....atau aku yang tak pandai guna kemudahan yang ada dalam bilik ni? Tanya bilik lain sama sahaja. Sejuk-mejuk. Kullihat air mengalir dari pancuran...berdiri selama berminit-minit dan akhirnya kugagahi juga mandi dengan air sejuk tersebut. Kutarik langsir untuk melihat keindahan pagi. Kabus menyelubungi suasana di Bukit Fraser ni. Cantik sangat. Dah lama aku tidak melihat keindahan sebegini.




Terus aku turun kebawah. Kupanggil anak-anak angklung agar segera turun untuk mengabadikan kenangan ini. Memang sukar untuk mendapat kabus sebegini tebal di Shah Alam.....jerebu adalah!



Selesai berposing. Kami menuju ke Cafe Inn untuk mengisi perut pula.



8.30 pagi menuju ke tengah bandar untuk membuat rehearsal. Malam tadi tak sempat oleh kerana floor manager kami lambat tiba. Taklimat pagi ini ringkas sahaja namun berpusing-pusing juga kami kena berjalan nanti.



Jam 9.00 pagi kami pulang semula ke bilik untuk bersiap-siap. Kuarahkan anak-anak angklung untuk turun pada pukul 10.00 pagi dan membawa semua barangan mereka untuk dimasukkan ke dalam van Pak Agos. Sesi bergambar dimulakan lagi.



11.00 pagi kami memulakan persembahan santai. Sempat juga beberapa anak angklung ditemuramah oleh pengacara majlis hari ini.


Jam 12.00 tengahari kami menuju ke dewan untuk menjamu selera sebelum pengantin tiba. Order apam balik Malik untuk anak-anak angklung sebelum mereka terlepas.



Meneruskan persembahan setelah selesai menjamu selera. Beberapa buah lagu dimainkan untuk menghiburkan tetamu dan pengunjung Bukit Fraser. Hujan pula...persembahan kamii beralih ke atas pentas depan pelamin.


Jam 1.30 petang mempelai pun tiba. Kami iringi 2 pasang mempelai dengan angklung menggunakan lagu Inang Cina. Peranan kami disini amat besar. Selesai sahaja di sini...kami iringi sekali lagi mempelai ke Dewana Makan. 4 buah lagu kami mainkan di dalam dewan ini berselang seli dengan penaari. Kemudian sekali lagi ke pelamin semula untuk majlis memotong kek. Lagu Kaulah Segalanya mengiringi mempelai dalam acara ini. Sayup-sayup sahaja alunan angklung kedengaran.







Tibalah acara bergambar bersama-sama saudara-mara dan rakan-rakan. Kami sekali lagi mengiringi aktiviti ini. Santai sahaja alunan kami untuk menutup majlis petang ini. Kami akhiri persembahan dengan lagu P.Ramlee Kisah Rumahtangga dan kemudian mengambil kesempatan yang ada untuk bergambar dengan semua penari dan mempelai.




Jam 4.00 petang kami beransur pulang ke Shah Alam. Bye Bukit Fraser. Kali ketiga kami berada di sini. Insyallah jika ada jemputan lain kami akan mampir lagi untuk menghiburkan semua dengan alunan angklung kami. Doakan perjalanan pulang kami ke destinasi dengan selamat. Insyallah.


No comments:

Post a Comment