Tuesday 29 November 2016

Majlis Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

Bertolak lebih awal daripada waktu yang dirancang disebabkan pertukaran aturcara. Jam 8.00 pagi kami telah memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah perjalanan kami ke sana berjalan lancar. Hari ini anak-anak angklung ditemani Cikgu Hasrina pula di samping Uncle Sam yang memang sentiasa disisi kelab dalam apa jua keadaan. Terima kasih di atas sokongan anda semua. Sampai di hotel kami terus ke bilik yang dikhaskan dan bersiap-siap.


Suasana di luar yang telah dihias dengan rapi oleh kakitangan hotel dan pengurus majlis.




Jam 11.00 pagi kami memulakan raptai terakhir. Sempat berposing di sana sini.



Jam 12.30 tengahari kami memulakan santapan setelah menahan lapar sejak dari  pagi tadi lagi.


Jam 1.30 petang bersedia di hadapan pintu lif menanti ketibaan Tuanku Permaisuri. Berposing lagi...



Setelah memukul jidur lebih kurang 6-7 minit...maka tibalah orang yang dinanti-nantikan oleh kami semua. Wah...glamer you. Iring Tuanku Permaisuri Agong gitu...



Kami iring Tuanku hingga ke Bilik Khas dan kemudian setelah selesai bergambar sekali lagi angklung diayunkan untuk mengiringi baginda ke dalam dewan keraian.



Selesai bahagian pertama. Anak-anak angklung berehat sebentar di dalam bilik yang dikhaskan sementara menanti selesainya majlis hi-tea. Makan dan minum lagi sambil melayan diri sendiri di dalam bilik tersebut. Masa berjalan dengan begitu pantas. Tibalah masa untuk mengiring baginda berangkat pulang. Posing lagi.


Dalam sibuk memainkan angklung kami masih sempat bergambar dengan tuanku. Menjungjung kasih tuanku.




Berakhirlah peranan kami pada hari ini. Yang menarik persembahan kami hanya memainkan satu lagu sahaja iaitu Inang Cina. Menjadi satu sejarah penting untuk aktiviti kelab angklung pada tahun ini. Terima kasih kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang menjemput kami. Insyallah kita akan berjumpa lagi.


No comments:

Post a Comment