Wednesday 8 February 2017

Selamat Pagi Malaysia TV1

Setelah dua hari gunakan untuk membuat persiapan siaran secara langsung di TV1 iaitu Selamat Pagi Malaysia (SPM) hari ini 8 Februari kami siap siaga menanti van tiba untuk ke sana. Langkah kami ini agak sumbang kerana kenderaan yang dinanti tidak tiba. Mengikhtiarkan kenderaan lain. Terus menghubungi Pak Agos. Entah berapa kali panggilan kubuat akhirnya dijawab oleh suri hati Pak Agos, alhamdulillah. Kami dapat meneruskan perjalanan walaupun lewat ke Angkasapuri. Berdebar-debar aku membawa van Pak Agos ke sana sementara Elsa membawa keretaku. Kami tiba tepat pada waktu yang diperlukan iaitu 7.45 pagi. Bergegas ke studio 2 untuk membuat persiapan. Jam 8.10 pagi  kami 'On Air'.


Lagu yang didendangkan Gong Xi Gong Xi. Masih dalam mode menyambut Tahun Baru Cina. Selesai bab pertama. Kami ke bilik VIP 2 untuk menanti slot seterusnya. Pelbagai orang besar, orang kecik, orang-orang kami jumpa di sana. Sempat juga membuat perbincangan bersama-sama Tuan Haji Aznan dan Uncle Sam sebelum on air sekali lagi.




9.20 pagi kami ke udara sekali lagi. Pelbagai topik yang dibincangkan tentang anklung serta hala tuju kelab ini. Sempat juga mengiklankan album yang  kami hasilkan untuk mengumpul dana dalam slot ini. Terima kasih RTM kerana sudi menjemput kami sekali lagi.





Makan dulu sebelum balik dan pelbagai aksi kami lakukan di sini sebelum pulang ke sekolah. Jom ke Sekolah!






No comments:

Post a Comment