Friday 28 April 2017

Busking di Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang

Malam ini kami di pantai Klebang untuk menghiburkan para pengunjung di sini pula. Spotlight padam pula apabila kami tiba di sini. Sementara menanti lampu menyala, kami dibawa oleh Encik Rimy melihat-lihat persekitaran pasar. Sempat juga order nasi lemak special di sini. Bakat bermain gasing masih ada lagi dalam jiwa ini. Sekali balingan menjadi. Mendapat tepukan daripada anak-anak angklung dan para penonton. Malam ini kami dinner nasi lemak sahaja. Sedap juga.




Setelah lampu menyala kami pun bersiap-sedia untuk membuat persembahan. Projek mengumpul dana di sini pula. Persembahan kami dimulakan dengan lagu cina live bersama-sama busker yang ada di situ. Seperti biasa kami main dan rehat kemudian busking bersama-sama band. Ikut suka hati kamii jer. Sambutan di sini amat menggalakkan juga walaupun malam Sabtu. Encik Rimy kata jika Sabtu malam Ahad lebih ramai pengunjung sampai nak jalan pun tak muat.




Jam 11.30 malam kami menutup tirai. Setelah berkemas berangkat pulang ke rumah. Kutinggalkan anak-anak angklung yang lain bersama-sama Pak Aji dan aku bersama-sama 4 orang anak angklung bersiar-siar semula di tepi pantai dan berjumpa dengan Encik Rimy untuk mengucapkan terima kasih atas pelawaan beliau untuk kami bermain angklung di Dataran 1Malaysia ni. Insyallah jika ada kelapangan dan dana mencukupi kami akan datang lagi ke sini.


No comments:

Post a Comment