Tuesday 27 June 2017

Raya Performance - Midvalley Megamall 5

27 Jun persembahan di Hari Raya yang ketiga. Persembahan Hari Raya kedua kami tersalah masa maka dibatalkan sahaja persembahan pada hari tersebut. Maafkan atas kecuaian kami. Hari ini Alif dan Chong dapat menyertai persembahan. Alhamdulillah semakin mantap persembahan dengan kehadiran mereka dan dapat membantu pemain-pemain solo di belakang sedikit sebanyak. Hari ini pemandu pelancong masih Uncle Sam yang setia dengan kelab ini. Thank you Uncle Sam.



Persembahan mereka pada hari raya ketiga juga mendapat sambutan. Itu laporan yang telah diberikan oleh Riezwan kepada aku. Hari ini Cikgu Siti Raxkina dapat menemani mereka di sana. Aku masih berada di Lenggeng. Bukan berhari raya tetapi menyiapkan rumah untuk disewa pada bulan Julai nanti.





Sempat mereka pau Uncle Sam selepas selesai persembahan di Midvalley. Makan KFC. Rezeki mereka malam itu. Alhamdulillah. Terima kasih anak-anak angklung atas persembahan hari ini walaupun cikgu tiada untuk membuat pemantauan dan pengurusan seperti biasa. Sangat-sangat menghargai pengorbanan kalian.

Sunday 25 June 2017

Raya Performance - Midvalley Megamall 4

25 Jun 2017. Hari raya pertama 2017. Kelab Angklung Wariseni dengan diwakili oleh 10 orang anak-anak angklung, 7 orang pelapis tingkatan 1 sementara 3 orang pemain senior yang akan bermain secara solo menggunakan stand T. Kali pertama kelab membuat persembahan begini pada tahun ini. Hari ini Uncle Sam menjadi pemandu pelancong anak-anak angklung. Jam enam petang mereka semua telah bertolak ke Midvalley. Walaupun aku tiada di sana namun laporan diberikan sepenuhnya oleh Riezwan.



Mereka bersiap-siap seperti yang diarahkan. Alhamdulillah kebimbangan aku terbalas dengan persembahan mereka yang mendapat sambutan daaripada para pengunjung Midvalley.




Tahniah kepada anak-anak angklung pelapis tingkatan 1. Moga pengalaman ini menjadi pengajaran dan pedoman pada kamu di tahun-tahun mendatang dan meningkatkan lagi martabat angklung di persada seni.

Thursday 22 June 2017

Raya Perfomance - Midvalley Megamall 3

Kenara takut tersangkut dengan jalan jem maka kami bertolak ke Midvalley pada jam 5.00 petang. Perjalanan ke sana memakan masa hampir satu setengah jam dari Shah Alam. Jalan sekejap ok sekejap sangkut dan terus melekat sebaik sahaja tiba di Petaling Jaya selepas kami melalui Hotel Hilton. Kalau jalan kaki dah lama sampai ke Midvalley tu. Van mendahului Kia sementara Cikgu CT ada kat belakang....dah tak nampak pun mana keretanya. Kukejar van dahulu sebab takut mereka terlepas jalan. Jadi masalah jika terlepas. Kena tawaf satu Midvalley then kena Uturn kan Kerinchi. Tapi sangkaanku meleset...Pak Aji menanti aku disimpang sementara kereta Cikgu CT yang kusangka boleh sampai tersalah jalan....bebudak ni pun...tunjuk jalan mana tah. Kuarahkan yang lain-lain bersiap dahulu sementara menanti kereta Cikgu CT sampai.



Tak sampai-sampai lagi Labu.....? Maka kami naik ke atas dan membuat persiapan di Centre Court. Menyusunatur alatan sementara menanti stand tiba. Then terus ke tempat biasa kami untuk berbuka puasa beramai-ramai di tangga mall. Last day kami berbuka di sini. Persembahan seterusnya dah raya...raya....raya....walawey!



7.45 malam ke Centre Court untuk membuat sound check dan persiapan akhir sebelum persembahan. Hari ini persembahan dikuasai oleh para pemain pelapis dari tingkatan 1. Ada yang pertama kali dan ada yang baharu dua kali membuat persembahan. Tahniah kerana berjaya menampilkan diri dengan lebih baik hari ini. Senyum lebarkan.





Persembahan berakhir jam 8.30 malam dan ditutupi dengan acara bergambar bersama-sama pelancong dari negara China.



Agak lewat sedikit kami bertolak pulang ke Shah Alam. Sempat berwefie dengan anak-anak angklung dalam perjalanan ke kereta.


Bye-bye Midvalley jumpa lagi di malam hari raya nanti pada 25 Jun 2017 jam 8.00 malam. Nak balik....balik kampung...wohoho...balik kampung....hati riang!



Wednesday 21 June 2017

Raya Performance - Suria KLCC 3

Hari terakhir untuk persembahan raya tahun ini di Suria KLCC. Hari ini aku bawa 23 orang ahli kelab. Kebanyakkannya terdiri daripada anak-anak angkllung pelapis tingkatan 1. Mahu memberikan sedikit  pengalaman kepada anak-anak ini. Pak Aji menemani kami hari ini. Jam 11.45 pagi kami tiba di Suria KLCC. Jalan agak jem juga tadi. Alhamdulillah selamat sampai ke tempat yang dituju dan parking tempat biasa.

Tiba di Suria terus menyusunatur alatan dan kemudian mengarahkan anak-anak angklung bersiap-siap. Aku dan Cikgu CT seperti biasa berposing lagi.




Sebelum memulakan persembahan ....mengambil kesempatan bergambar di hadapan rumah kampung sebagai kenangan untuk anak-anak angklung ini terutamanya kepada pemain-pemain junior.



Jam 1.00 petang terus memulakan persembahan tanpa berlengah lagi setelah membuat sedikit sound check. Uncle Sam yang menguruskan semua ini. Aku dan CT merakamkan apa yang patut-patut. Alhamdulillah persembahan berjalan lancar. Pengalaman berharga buat anak-anak angklung yang baharu sahaja menyertai persembahan. Terima kasih KLCC kerana sudi menggunakan perkhidmatan kami juga kepada Sanggar Mustika Ventures khususnya Encik Bardrul.





Siap berkemas bergambar sekali lagi beramai-ramai di hadapan rumah Suria KLCC ni...yahooo...meriahnya raya tahun ini.


Sunday 18 June 2017

Raya Performance - MidValley Megamall 2

Alif  dan Syahmi tidak dapat menyertai kami hari ini. So hari ini ada 17 orang pemain angklung sahaja. Tetapi tak mengapa.....yang adapun sudah memadai. Jam 6.00 petang kami bertolak ke sana bersama-sama pemandu setia kami Pak Agos. 6.40 petang kami tiba di loadingbay dan terus naik ke atas membuat persiapan.



Jam 6.50 kami memulakan aktiviti bersolek dan menyiapkan diri sebelum berbuka puasa. Hari ini port kami berubah di tempat lain pula. Pak Agos setia melayan kami.....bagusnya Pak Agos.



7.45 malam bersolek untuk kesekian kalinya sebelum ke ruang utama untuk memulakan persembahan. Uncle Sam seperti biasa mengendalikan soundcheck sementara aku dan Cikgu CT berselfie dan berwefie dengan bebudak.




Tepat jam 8.00 malam kami memulakan gemersik angklung kelab dimulakan dengan lagu raya dan diakhiri dengan lagu raya. Para pendengar di sini sangat sporting.....memberikan tepukan setiap kali kami selesai memainkan lagu. Terima kasih kerana memberikan semangat kepada anak-anak angklung ini.




Saturday 17 June 2017

Raya Performance - Alamanda 3

Menurunkan anak-anak angklung tepi mall dan meminta mereka membuat persediaan sementara aku dan cikgu CT parkir kereta. Hujan renyai-renyai hari ini sewaktu kami tiba di Alamanda Putrajaya. Hari ini bantuan Uncle Sam tiada untuk membuat soundcheck. Terpaksalah aku mengendalikannya tanpa was-was....hahahahahaha. Menguruskan susunatur dan kemudian mengarahkan anak-anak angklung membuat soundcheck. Penuh gaya..tapi entah betul entah tidak. Hentam sahajalah Labu. Uncle PA Sytem kata nak tolong...sonyap yo kek belakong nun.


Awal 5 minit persembahan kami hari ini. Tengah buat sound ccheck para pengunjung dah berkumpul depan tu. Alahai....serba salah aku dibuatnya. Last-last amek keputusan start awal. Alhamdulillah berjalan lancar semuanya dan mencukupi waktu yang ditetapkan.





Selesai persembahan anak-anak angklung terus ke musollah untuk menunaikan kewajipan sebelum bertolak balik. 6.00 petang kami menuju ke Shah Alam.



Indahnya Aidilfitri - The Starling 2 (The Mall in a Park)

Persembahan terakhir di bulan puasa kat sini. Kami sampai awal hari ini disebabkan ada beberapa orang naka-anak angklung nak bershopping katanya. Layankan sahaja. Aku mengambil kesempatan membeli produk kucing dan juga tools untuk kelab kat Daiso tu. Walaupun harganya RM5.60 setiap satu barang jika dah beli banyak-banyak barang tentu banyak juga bayarannya kan...kan....kan.

Jam 1.15 meminta anak-anak angklung bersiap-siap untuk persembahan jam 2.00 petang nanti. Hari ini sepatutnya ada 21 orang tetapi Risma hari ini tidak dapat hadir. Ada kecemasan katanya. Tinggallah 20 orang semula. Membuat persediaan dengan bantuan Uncle Sam seperti biasa.



Sempat berposing-posing di tangga rumah sebagai kenangan sebelum meninggalkan kampung halaman di Starling neh.


Jam 2.00 petang memulakan persembahan. 40 minit gemersik angklung mendayu di dalam mall ini hari ini.




Jam 3.00 petang bertolak terus ke Putrajaya. Ada persembahan di Alamanda Shopping Centre pula. Jumpa lagi Starling. Moga para pengunjung terhibur dengan ayunan kami tadi. Bye!

Tuesday 13 June 2017

Raya Performance - Suria KLCC 2

Hari ini Cikgu CT Raxkina join aku untuk ke Suria KLCC. Aku memandu van Pak Agos sementara CT membawa KIA aku. Saspen at first....tapi bila dah tukar gear....vroooom meluncur van kubawa.....hahahahaha. Terer dah! Sampai di sana valet parking...terbang RM70. Huh....menyesal pun ada. Dah nak buat macamana. Tersalah masuk.Anak-anak angklung terus menuju ke pentas sementara aku settlekan parking. Uncle Sam dah sedia menanti kami di sana. Siap berkemas atas pentas anak-anak angklung terus bersolek. Dah terer dah memasing.



Leka melayan karenah anak-anak angklung dalam bilik persalinan tak sedar jam sudah menunjukkan 3.50 minit petang. Kelam-kabut aku menyuruh bebudak ni keluar untuk membuat sound check.Tepat jam 4.00 petang bergema untuk kesekian kalinya angklung di sini. Setengah jam kami layan diri di atas pentas hari ini.






4.30 petang kami bergerak untuk pulang. Memang jalan jem gila sangat-sangat. Yelah....waktu kami keluar orang kerja pun nak balik sama. 6.30 petang baharulah kami sampai ke sekolah. Berpesan kepada anak-anak angklung sebelum mereka balik. Terima kasih semua.