Sunday 18 June 2017

Raya Performance - MidValley Megamall 2

Alif  dan Syahmi tidak dapat menyertai kami hari ini. So hari ini ada 17 orang pemain angklung sahaja. Tetapi tak mengapa.....yang adapun sudah memadai. Jam 6.00 petang kami bertolak ke sana bersama-sama pemandu setia kami Pak Agos. 6.40 petang kami tiba di loadingbay dan terus naik ke atas membuat persiapan.



Jam 6.50 kami memulakan aktiviti bersolek dan menyiapkan diri sebelum berbuka puasa. Hari ini port kami berubah di tempat lain pula. Pak Agos setia melayan kami.....bagusnya Pak Agos.



7.45 malam bersolek untuk kesekian kalinya sebelum ke ruang utama untuk memulakan persembahan. Uncle Sam seperti biasa mengendalikan soundcheck sementara aku dan Cikgu CT berselfie dan berwefie dengan bebudak.




Tepat jam 8.00 malam kami memulakan gemersik angklung kelab dimulakan dengan lagu raya dan diakhiri dengan lagu raya. Para pendengar di sini sangat sporting.....memberikan tepukan setiap kali kami selesai memainkan lagu. Terima kasih kerana memberikan semangat kepada anak-anak angklung ini.




No comments:

Post a Comment