Wednesday 21 June 2017

Raya Performance - Suria KLCC 3

Hari terakhir untuk persembahan raya tahun ini di Suria KLCC. Hari ini aku bawa 23 orang ahli kelab. Kebanyakkannya terdiri daripada anak-anak angkllung pelapis tingkatan 1. Mahu memberikan sedikit  pengalaman kepada anak-anak ini. Pak Aji menemani kami hari ini. Jam 11.45 pagi kami tiba di Suria KLCC. Jalan agak jem juga tadi. Alhamdulillah selamat sampai ke tempat yang dituju dan parking tempat biasa.

Tiba di Suria terus menyusunatur alatan dan kemudian mengarahkan anak-anak angklung bersiap-siap. Aku dan Cikgu CT seperti biasa berposing lagi.




Sebelum memulakan persembahan ....mengambil kesempatan bergambar di hadapan rumah kampung sebagai kenangan untuk anak-anak angklung ini terutamanya kepada pemain-pemain junior.



Jam 1.00 petang terus memulakan persembahan tanpa berlengah lagi setelah membuat sedikit sound check. Uncle Sam yang menguruskan semua ini. Aku dan CT merakamkan apa yang patut-patut. Alhamdulillah persembahan berjalan lancar. Pengalaman berharga buat anak-anak angklung yang baharu sahaja menyertai persembahan. Terima kasih KLCC kerana sudi menggunakan perkhidmatan kami juga kepada Sanggar Mustika Ventures khususnya Encik Bardrul.





Siap berkemas bergambar sekali lagi beramai-ramai di hadapan rumah Suria KLCC ni...yahooo...meriahnya raya tahun ini.


No comments:

Post a Comment