Sunday 2 July 2017

Raya Performance - Midvalley Megamall 6

Hari terakhir persembahan kami di Midvalley hari ini. Terima kasih kami kepada Sanggar Mustika Ventures yang memberikan kepercayaan kepada kami.


Kami persiapkan 9 buah lagu - persembahan selama 30 minit. Hari ini disertai 15 orang anak-anak angklung. Jam 4.30 petang kami sudah berkumpul di sekolah untuk persiapan terakhir. Tepat jam enam petang bertolak ke Petaling Jaya. Hari ini pemandu setia kami iaitu Pak Agos membawa kami ke sana. Cikgu CT juga turut sama berganding bahu membawa nak-anak angklung ke Midvalley. Sesampai sahaja di sana terus menyiapkan peralatan untuk persembahan.



Jam 7.45 malam kami membuat persiapan terakhir sebelum memulakan persembahan. Semuanya dikendalikan oleh Uncle Sam. Hari ini anak aku Haniff menjadi jurukamera dan jururakam.


Persembahan berjalan lancar malam ini.......alhamdulillah. Jam 8.30 malam berakhirlah persembahan hari raya di sini malam ini.





Sempat juga kami beramah mesra dengan para penonton dan berdrama hari raya sebelum pulang ke Shah Alam. Terima kasih kepada Midvalley dan Sanggar Mustika Ventures. Insyallah kita jumpa lagi di lain hari dan masa.





No comments:

Post a Comment