Saturday 22 July 2017

Sambutan Hari Raya dan Harijadi

Akhirnya hari ini kami berkesempatan berkumpul ramai-ramai untuk berhari raya dan menyambut kelahiran anak-anak angklung dari bulan Januari sehingga Jun 2017. Menu hari ini menu potluck, memasing bawa dari rumah. Cikgu-cikgu bawa kek, pavlova, eclairs, puding, keropok dan air. Lelaki? Bawa perut sahaja kecuali Ehsan, Saiful dan Shakil. Majlis dimulakan sebaik sahaja taklimat persembahan diberikan kepada anak-anak angklung sebagai pembuka tirai.



Sementara menunggu Cikgu Siti Raxkina tiba, kami makan dulu apa yang ada. Lagu Hari Raya mula berkumandang membingitkan suasana agar bertambah meriah majlisnya. Fulamak....macam-macam makanan ada,  sedap semuanya. Air batu ada aku beli tetapi peti kat kantin kami pinjam dan dalamnya ada ais. Maka dengan ais-aisnya kami angkut. Senin nanti baru gitau abang Din kami sudah minum aisnya (tanduk 2 sudah naik...hahahahahaha).




20 minit kemudian...jeng, jeng, jeng.....Cikgu Siti pun tiba dengan kek harijadi. Yeah...tibalah masa untuk kami sumbangkan lagu harijadi kepada dema-dema yang lahir dari bulan Januari hingga Jun 2017, dengarkanlah......


Bergambar lagi untuk kenangan bersama-sama dengan besday girl and boy.



Then, kami teruskan acara dengan makan dan makan lagi. Kesian Syahmi....bukan besday boy tapi dikerjakan rakan-rakan.


Apa-apa pun kami enjoy hari ini. Alhamdulillah dikurniakan rezeki dan anak-anak yang ramai dalam kelab ini. Moga terus cemerlang, gemilang dan terbilang selaras dengan slogan sekolah kita. Ayuh, jangan mundur, terus maju!



No comments:

Post a Comment